A A
Tuesday, September 7th, 2010

363 hilang hak jika tanah tidak diambil alih

Wed, Jan 6, 2010

Dalam Negeri

Seramai 363 bekas peneroka bandar Bukit Botak akan dinafikan hak mereka jika kerajaan negeri Selangor tidak melakukan pengambilan tanah, demikian menurut Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.

Beliau berkata, Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang lepas telah memberi tanah kepada 1,367 peneroka bandar Bukit Botak sebagai sebahagian dari program menyelesaikan masalah setinggan di kawasan tersebut.“Bagaimanapun, 257 peneroka telah mendapati tanah mereka tidak dapat dibangunkan kerana terletak di kawasan cerun, di bawah talian TNB, dalam rizab sekolah atau rizab-rizab yang lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Selain itu katanya, Jawatankuasa Pemutihan Bukit Botak yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri sekarang mendapati seramai 106 peneroka yang sepatutnya layak mendapat hak tetapi telah tersingkir.

“Jawatankuasa tersebut juga mendapati ada di antara mereka yang berada dalam senarai bancian asal tetapi tidak mendapat sebarang tawaran dari kerajaan negeri ketika itu,” tambah beliau.

Menurut beliau, kerajaan negeri tidak berniat untuk mengambil tanah rakyat sesuka hati tetapi ianya perlu dilakukan untuk memastikan tidak ada peneroka yang dizalimi.

Iskandar berkata, “kawasan Bukit Botak akan dibangunkan dengan pembangunan yang dapat menempatkan kesemua mereka yang layak. Bekas peneroka yang tanah mereka diambil alih tidak perlu bimbang.”

“Menurut perjanjian dengan pemaju swasta sebelum ini, peneroka akan berpeluang membeli rumah berkembar.  Kerajaan negeri akan memastikan mereka berpeluang membeli hartanah yang mempunyai nilai lebih tinggi tetapi di bawah harga pasaran,” terang beliau.

Katanya lagi, kerajaan akan membayar pampasan untuk tanah yang diambil alih dan pemilik tanah juga akan berpeluang memiliki kediaman yang lebih luas dari yang dijanjikan sebelum ini dengan potongan harga.

Saya hairan kenapa pemimpin BN dengan tiba-tiba mengambil berat akan kebajikan bekas peneroka bandar Bukit Botak kerana selama 20 tahun mereka gagal menyelesaikan masalah tersebut.

Iskandar memberitahu kerajaan BN juga bertanggung jawab di atas kesulitan penduduk kerana mereka yang membuat kesilapan memberi tanah yang tidak boleh dibangunkan kepada 257 peneroka.

“Mereka juga gagal memberi hak kepada semua bekas peneroka kerana terdapat ramai yang tercicir dan tidak mendapat apa-apa tawaran,” jelas beliau.

Leave a Reply

Follow Us On …