Proses Menggali Kubur Teoh Beng Hock Selesai
Sat, Nov 21, 2009
Mayat mantan Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock selamat dikeluarkan semula jam 10.37 pagi setelah kerja-kerja menggali kubur dilakukan seawal jam 9.15 pagi di Nirvana Memorial Park, Semenyih.
Kerja-kerja menggali diawasi sepenuhnya oleh Polis, kawalan ketat dilakukan dan hanya keluarga terdekat yang dibenarkan menyaksikan kerja-kerja mengeluarkan mayat dilakukan.
Jam 11:11 pagi keranda Beng Hock diletakkan ke dalam kereta mayat untuk dibawa ke Hospital Sungai Buluh.
Hadir sama di kawasan perkuburan berkenaan adalah Pakar Patalogi Thailand, Dr. Porntip Rojanasunand dan peguam mewakili keluarga mendiang, Gobind Sigh Deo.
Mahkamah Koroner sebelum ini mengarahkan kubur mendiang di gali semula hari ini manakala bedah siasat kedua ke atas mayat akan dijalankan esok di Hospital Sungai Buloh.
Koroner Azmil Muntapha Abbas berkata bedah siasat ini akan diketuai oleh Ketua Jabatan Patologi dan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor.
Bagaimanapun Pakar Patologi dari Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pornthip Rojanasunan dan doktor pakar luar yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan menyaksikan bedah siasat berkenaan.
Koroner juga mengarahkan bekas doktor Forensik, Dr K.Saravanan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk membantu Dr Shahidan dengan mengambil gambar semasa bedah siasat dilakukan.
[Berita Lanjut Menyusul]






Leave a Reply