Akhbar itu melaporkan, perkahwinan yang boleh disifatkan sebagai ‘Wedding of the Year’ itu mendapat tajaan daripada jenama barang kemas antarabangsa, Ceres, bernilai RM20 juta.
Tajaan juga diberikan oleh Jakel; KL Wedding Ministry; Zaha Wedding Planner; Azasna Design; Atelia Amani; Lord’s Tailor; Saiful Baharim dan Arma Couture.
Tidak ketinggalan menghulurkan sokongan ialah Qudyn KL, Laura Daddys, Casaclo, Kaio Studio, Amir Naufal Phootobooth, Moments Photobooth dan Hotel Sunway Putra.
“Kami sendiri agak terkejut dengan jumlah tajaan ini. Apa pun terima kasih kepada pihak yang sudi menaja dan menjadi sebahagian daripada hari bahagia kami.
Majlis ini bagai meraikan mereka yang dianggap seperti keluarga kami,” kata Sam yang dipetik Berita Harian.
Perkahwinan Sam dan Syatilla menjadi tajaan terbesar Ceres setakat ini.
Sam dan Syatilla sudah saling mengenali sejak 2010, dan akan dinikahkan di rumah keluarga Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang, pada 8 Februari depan.
Ia diikuti majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Club pada 9 Februari dan di Hotel Mandarin Oriental, di sini, pada 14 Februari.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram