HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

RM2.6 bilion lawan Ikhwan Muslimin tak logik

-

Datuk Saifuddin Abdullah mendakwa bahawa alasan tersebut dirangka oleh pihak “yang cuba menulis skrip baru politik negara” dengan menjadikan Ikhwan Muslimin sebagai kambing hitam dan mengaitkannya dengan pembangkang.

0
Shares
Total Views: 1

Ikhwan Muslimin

PETALING JAYA:
Datuk Saifuddin Abdullah mempersoalkan rasional alasan RM2.6 bilion yang didakwa diberikan Allahyarham Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud kepada Datuk Seri Najib Razak bertujuan melawan pengaruh Ikhwan Muslimin di negara ini.

Dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian hari ini, bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu berkata, Ikhwan Muslimin bukanlah kumpulan pengganas, sebaliknya pertubuhan yang telah lama bertapak di negara Arab dan sebahagian gerakan Islam sedunia.

“Ia gerakan Islam yang memperjuangkan ‘Islam sebagai cara hidup yang lengkap’. Teras programnya ialah dakwah dan pendidikan. Adakalanya ia terlibat dalam politik.

“Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan di banyak negara Arab. Hari ini, Ikhwan Muslimin adalah sebahagian daripada gerakan Islam sedunia. Lain negara, lain namanya dan lain kerangka kerjanya,” kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan itu lagi.

Beliau menyebut dua tokoh Islam terkenal daripada pertubuhan itu, iaitu Syed Qutb yang menulis tafsir Al-Quran bertajuk ‘Di Bawah Lindungan Al-Quran’, serta Tokoh Maal Hijrah Malaysia 2009 sendiri, iaitu Dr Yusuf Qaradawi.

Saifuddin mendakwa alasan tersebut dirangka oleh pihak ‘yang cuba menulis skrip baru politik negara’ dengan menjadikan Ikhwan Muslimin sebagai kambing hitam dan mengaitkannya dengan pembangkang.

“Apakah hubungan antara RM2.6 bilion dengan Ikhwan Muslimin? Ia adalah kerana ada pihak yang cuba menulis skrip baharu politik – bahawa parti-parti pembangkang adalah penyokong atau dipengaruhi Ikhwan Muslimin (baca: pengganas).

“Tentulah Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang tidak termasuk dalam kumpulan ini. Sebab itu Najib semakin rapat dengannya.

“Justeru, apa yang mungkin jadi sasaran ialah gerakan Islam seperti Abim dan Ikram yang, menurut pihak ini, menyokong parti-parti pembangkang, iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH),” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.