HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

JKR Johor bersihkan wajah ‘joker’ Najib

-

Tindakan JKR Johor itu disambut baik oleh aktivis yang juga merupakan pereka grafik, Fahmi Reza.

0
Shares
Total Views: 1

jkr,johor

PETALING JAYA:
Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor bertindak membersihkan papan tanda yang dicemari dengan karikatur wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang badut.

Gambar yang diletakkan di papan tanda pada pada awal pagi ini dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Pembersihan papan tanda arah simpang FT23 Segamat-Muar diconteng individu tidak bertanggungjawab,” tulis JKR Johor di laman Twitter, hari ini.

Bagaimanapun, tindakan JKR Johor disambut baik aktivis yang juga merupakan pereka grafik, Fahmi Reza. Menurutnya, secara tidak langsung, JKR Johor mempromosikan karikatur berkenaan.

“Terima kasih JKR Johor kerana secara tidak sengaja tolong sebarkan gambar badut ini,” katanya di laman Facebook, hari ini.

Selain itu, Fahmi turut mendedahkan beberapa lokasi di laman Facebooknya berhubung kewujudan karikatur berkenaan.

Fahmi dipercayai individu mencipta karikatur badut Najib. Sebelum ini, Fahmi menyatakan, kewujudan karikatur berkenaan adalah disebabkan suara demokrasi rakyat negara ini terhad, menyebabkan wujudnya rasa ditindas oleh kerajaan.

Katanya lagi, perasaan ditindas berkenaan dibuktikan apabila ada rakyat yang bersuara untuk menegur kerajaan, disiasat dan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.