HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Berkawan dengan sesiapa yang mahu bantu Sarawak – Adenan

-

Pembangkang menggunakan kerjasama antara Ketua Menteri dan Perdana Menteri sebagai modal serangan, tetapi Adenan menjawab ia demi pembangunan Sarawak

0
Shares
Total Views: 1

adenan_najib_sarawak1_600

KUCHING:
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem nampaknya menanggung akibat hubungan baiknya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keberadaannya dalam perikatan yang diketuai Najib digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang sebagai modal untuk menyerang Adenan melalui kempen dengan matlamat untuk mengurangkan majoriti dua pertiga BN Sarawak dalam Dewan Undangan Negeri.

Pembangkang turut memperkenalkan slogan undi Adenan bermakna undi Najib.

Dalam ceramah hariannya, pembangkang bertubi-tubi menghentam isu berkenaan syarikat 1MDB dan perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang penuh kontroversi.

Barangkali menyedari kesannya, Adenan acapkali mengingatkan orang ramai bahawa kerjasama antara dirinya dan Najib adalah untuk manfaat rakyat Sarawak semata-mata.

“DAP marah kerana saya berkawan dengan Najib. Saya ingin beritahu, saya berkawan dengan Najib kerana saya mahukan manfaat untuk Sarawak.

“Dasar saya: Berkawan dengan sesiapa yang mahu bantu Sarawak. Demi Sarawak, saya berkawan dengan PM,” katanya kepada lebih 1,500 yang hadir dalam satu ceramah di kubu kuat DAP, Batu Kawah dua malam lalu.

Beliau menegaskan kenyataan serupa dalam beberapa sesi terus terang bersama media awal minggu ini.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bagaimanapun berkata Adenan tidak boleh semudah itu menjarakkan dirinya daripada Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib kerana semua dasar yang diluluskan mendapat sokongan 25 Ahli Parlimen BN Sarawak.

“Beliau bersubahat,” kata Chieng Jen kepada FMT. “Faktor Adenan semakin merosot.”

“Sekiranya pilihan raya diadakan setahun yang lalu, beliau pasti menang. Bagaimanapun, isu nasional turut beri kesan kepada warga sepertimana isu-isu setempat. GST dan dasar-dasar lain yang telah dilaksanakan BN lulus angkara beliau.”

Menjawab dakwaan itu, penganalisis politik Dr Jeniri Amir memberitahu FMT bahawa Adenan perlukan Najib, yang telah mengumumkan pelbagai projek pembangunan di mana sahaja tempat dalam Sarawak yang beliau kunjungi.

Jeniri berpendapat bukan mudah untuk Ketua Menteri memisahkan diri daripada masalah-masalah yang membelit Putrajaya.

“Semua orang tahu PBB atau BN Sarawak sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, jadi saya tak percaya cubaan memisahkan diri daripada masalah nasional seperti 1MDB atau derma RM2.6 bilion akan berkesan.”

Bagaimanapun, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak itu berpandangan meskipun isu-isu itu mungkin penting buat pengundi bandar dan yang berpendidikan, kerjasama dengan Najib boleh membantu Adenan di kawasan-kawasan pedalaman yang mengutamakan isu sara hidup.

Para pengundi yang ditemui FMT turut memberi jawapan yang sama, bahkan kebanyakanya menjamin sokongan kepada Adenan.

“Adenan pandai ambil hati. Najib kira hal lain lah. Sekarang, saya mahu undi Adenan kerana dia Ketua Menteri yang bagus,” kata Muti, yang akan mengundi BN pada 7 Mei nanti.

Sementara itu, Woon daripada Batu Kawah berkata semua orang menyedari hubungan antara Najib dan Adenan.

“Najib ketua Adenan, tetapi kita tak boleh salahkan Adenan atas tuduhan yang dilemparkan pada Najib.”

Lai bersetuju dengan pendapat itu, dan berkata ada perbezaan antara Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan.

“Beri peluang pada Adenan dan kita tengok apa yang berlaku selepas pilihan raya nanti.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.