HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Adakah pengundi Cina Sungai Besar akan undi PAS?

-

PAS tidak perlu bertanding di Sungai Besar, sebaliknya hanya meletakkan calon di Kuala Kangsar.

0
Shares
Total Views: 1

ibrahim-ali_pas_undi_600

KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak yakin PAS dapat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, sekiranya parti itu meneruskan niat untuk bertanding.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, PAS tidak akan dapat meraih undi yang banyak kerana beliau tidak yakin masyarakat Cina di Sekinchan akan menyokong parti Islam itu.

“Pada PRK Sungai Besar, adakah pengundi-pengundi Cina di Sekinchan akan undi PAS?

“Saya percaya kalau PAS bertanding, PAS tidak akan dapat undi Cina. PAS juga tidak akan mendapat sokongan ahli yang menyokong AMANAH,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Perkasa hari ini.

Oleh itu, Ibrahim berpendapat, PAS tidak perlu bertanding di Sungai Besar, sebaliknya hanya meletakkan calon di kerusi Kuala Kangsar.

“Untuk Sungai Besar saya berpendapat PKR lebih sesuai bertanding menentang BN. Manakala PAS hanya bertanding di Kuala Kangsar,” katanya.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpandangan, sekiranya wujud pertandingan tiga penjuru, ia akan memberi kelebihan kepada BN.

“Kalau pembangkang semua hendak bertanding ia akan beri kelebihan kepada UMNO/BN,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau seolah-olah menyindir hasrat AMANAH yang meminta supaya diberikan peluang untuk bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“AMANAH ada keluarkan kenyataan bahawa mereka yakin akan menang jika bertanding, saya terkejut,” katanya sambil bergelak ingkak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.