Pelajar itu ialah Esmond Chuah Hooi Ong yang merupakan pelajar tahun tiga universiti berkenaan.
Bapanya, Chuah Tze Leng menerusi Facebook mengesahkan anaknya terlibat dalam nahas berkenaan dan meminta supaya diberi maklumat terkini mengenai Esmond.
“Tolong cari anak saya Esmond Chuah Hooi Ong (SUTD Singapura) yang cedera dalam serangan di Nice, Perancis. Saya ingin tahu keadaan dia sekarang,” katanya di laman Facebook.
SUTD Singapura dalam satu kenyataan media hari ini berkata kecederaan yang dialami Esmond tidak mengancam nyawanya.
Menurut kenyataan itu, Esmond kini di hospital dan dalam keadaan stabil, dan memaklumkan mangsa sudah menghubungi ahli keluarganya.
Esmond merupakan salah seorang daripada 11 pelajar yang berada di Nice untuk program musim panas.
Setakat ini FMT masih cuba menghubungi Tze Leng bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung keadaan Esmond.
Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan seorang pelajar Malaysia terbabit dalam nahas insiden rempuhan itu.
Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata pelajar itu berada di Perancis kerana terlibat dalam program pertukaran pelajar.
“Pelajar berkenaan cedera seperti yang dikatakan Presiden Hollande ‘serangan yang tidak boleh dinafikan dilakukan oleh pengganas’,” katanya.
Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 83 terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera.
Polis berjaya menembak mati penyerang yang memandu laju jentera berat berkenaan ke arah orang ramai sepanjang 100 meter di Promenade des Anglais. Turut dijumpai dalam trak tersebut bom tangan dan senjata.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram