HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sekumpulan monyet nakal curi dokumen ‘sulit’ tentera

-

Monyet-monyet itu mengepung posmen, merampas tiga dokumen “sulit” yang di bawanya dan melarikan diri ke arah pokok-pokok dan bumbung bangunan.

0
Shares
Total Views: 1
maraque
PETALING JAYA: Sekumpulan monyet bertindak nakal dengan “mencuri” tiga dokumen sulit milik tentera selepas menyerbu seorang posmen di Kem Terendak di Melaka.

Menurut laporan akhbar The Star, kejadian itu berlaku dua hari lalu apabila posmen yang berusia 33 tahun sedang melakukan rondaan rutin di kawasan perkemahan tentera.

Sewaktu kejadian, sekumpulan monyet mengepung posmen, merampas tiga dokumen “sulit” yang di bawanya dan melarikan diri ke arah pokok-pokok dan bumbung bangunan dalam masa hanya beberapa saat.

Bagaimanapun, persoalan mengapa posmen ditugaskan untuk menghantar dokumen sulit tentera masih tidak dijawab.

Laporan itu juga menyatakan ia bukan kali pertama monyet berkelakuan demikian di Melaka.

Setahun yang lalu, sekumpulan besar monyet memecahkan kereta seorang askar yang diletakkan di Hospital Kem Terendak dan mencuri barang miliknya termasuk gear menyelam skuba, lesen memandu, kad ATM dan wang tunai.

Pengarah Taman Negara dan Hidupan Liar (Perhilitan) Melaka, Noorzakiahanum Mohd Noh berkata, monyet-monyet di kawasan itu turut menyerang penghuni kem tentera, sekolah dan masjid yang ditempatkan di dalam kawasan kem.

Buat masa ini, renjer meletakkan perangkap di sekitar kem untuk menghentikan kenakalan haiwan ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.