HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Hadi akan bentang RUU Akta 355 bulan depan

-

Presiden PAS mengesahkan rang undang-undang kontroversi itu yang ditangguh pada Mei lalu akan dibentang untuk dibahas di Dewan Rakyat

0
Shares
Total Views: 1
hadi-awang-dewan-rakyat-1

PETALING JAYA:
Rang undang-undang (RUU) peribadi Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk pertingkat kuasa mahkamah syariah akan dibentang untuk dibahas di Dewan Rakyat pada sidang akan datang, katanya hari ini.

RUU itu dibentang pada Mei lepas dalam satu langkah yang mengejutkan oleh kerajaan kerana mengutamakan usul peribadi ke atas usul kerajaan tetapi Hadi, yang merupakan Ahli Parlimen Marang, meminta bahas ditangguhkan.

“Ya, ya” katanya dilaporkan berkata hari ini ketika ditanya mengenai RUU berkenaan selepas mengadakan kunjungan hormat ke Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien di Kuala Lumpur hari ini.

RUU Hadi digelar RUU Hudud oleh sesetengah ahli politik kerana hukuman jenayah yang dicadangkan termasuk hukuman berkaitan hudud. RUU itu mahu pertingkat bidang kuasa mahkamah syariah mengenakan hukuman jenayah, kecuali hukuman mati.

Mahkamah syariah bergerak mengikut undang-undang negeri. Bagaimanapun, statut Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan bidang kuasa diperluaskan. RUU Hadi berhasrat untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.

Dalam ucapannya kepada persekutuan Hokkien, Hadi menegaskan mahkamah syariah tidak mempunyai kuasa ke atas orang bukan Islam, menurut laporan Star Online.

“Orang Islam ada undang-undang tersendiri, begitu juga orang bukan Islam. Kita perlu hormati perkara itu,” katanya dipetik. “Kita boleh terima sekiranya orang bukan Islam mahu dibicarakan di bawah undang-undang Islam. Tetapi, Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan.”

Hadi berkata tidak ada jaminan RUU perbadi itu akan mendapat sokongan daripada ahli Parlimen UMNO, DAP atau PKR. RUU itu memerlukan 112 undi untuk diluluskan dengan majoriti mudah. Umno (86) dan PAS (14) mempunyai 100 kerusi, manakala 24 wakil rakyat pembangkang beragama Islam iaitu PKR (16), Amanah (6) dan DAP (2).

Pindaan perlembagaan memerlukan majoriti dua pertiga atau 148 undi. Terdapat 130 wakil rakyat beragama Islam di Dewan Rakyat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.