
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa laporan berkaitan isu itu, hasil perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
“Hasil penelitian mendapati wujud kekeliruan yang perlu diperbetulkan kerana kita dapati laporan awal yang diterima seperti kerajaan dipersalahkan. Ini tidak betul kerana kerajaan bertindak atas peraturan dan undang-undang yang ada, tanpa menafikan hak Orang Asli,” katanya kepada pemberita hari ini.
Pada 3 Oktober lalu, kerajaan negeri mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering, di Gua Musang sejak 26 September lalu.
Kumpulan terbabit menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.
“Sekiranya berlaku pencemaran atau pengabaian, masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit boleh mengemukakan masalah tersebut kepada kerajaan melalui Tok Batin dan Jakoa untuk diselesaikan,” kata Mohd Amar.
Beliau berkata, kerajaan negeri masih meneliti rasional tindakan Orang Asli terbabit membuat sekatan menghalang pengeluaran balak dari HSK Balah yang berkemungkinan didalangi pihak tertentu kerana aktiviti pembalakan di kawasan tersebut berjalan lancar sejak 30 tahun lalu.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri tidak mengetepikan masyarakat Orang Asli di Kelantan, malah sebelum ini, kerajaan negeri meluluskan Tanah Rizab Orang Asli seluas 3,885.39 hektar untuk penempatan dan aktiviti harian mereka.
“Kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan permohonan 2,658 hektar kawasan sebagai tanah rizab untuk mereka,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersetuju menjadikan kawasan seluas 20,000 hektar di Gunung Chamah, Gua Musang, untuk aktiviti rayau masyarakat tersebut.
Pautan:
Siti Kasim dakwa Kelantan sekat jalan masuk kampung Orang Asli
Pembalakan boleh henti, jika bayar royalti minyak, kata timbalan MB
Kami tak buli Orang Asli Gua Musang, kata persatuan pembalak
Dakwa Kristian dalang untuk sembunyi masalah Orang Asli, kata Husam
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram