
“Lagipun, sumpah kerahsiaan tidak boleh digunakan untuk menyembunyikan salah laku (jika ada). Apatah lagi sumpah kerahsiaan itu bukan satu undang-undang jenayah, cuma peraturan atau etika dalam kerajaan.
“Lebih penting lagi, kenapa 1MDB begitu kebal sehingga langsung tidak boleh dipersoalkan, walaupun di Parlimen?” soalnya ketika dihubungi FMT hari ini.
Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, polis akan mengambil keterangan 3 bekas menteri yang didakwa mendedahkan rahsia kerajaan, dalam masa terdekat.
Siasatan itu dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB, susulan laporan polis dibuat 2 NGO, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Kelab N87 Wilayah Persekutuan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah didakwa membocorkan rahsia kerajaan, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
Mereka kemudian ditegur Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang tindakan itu mungkin melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan.
NGO buat laporan terhadap Muhyiddin kerana bocor rahsia kerajaan
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram