HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Ahli Parlimen pembangkang keluar dewan lagi

-

Wakil rakyat DAP mendakwa polis melanggar demokrasi berparlimen dengan menyiasat Husni.

0
Shares
Total Views: 1
Ronald-Kiandee,-Dewan-Rakyat,-Chong-Chieng-Jen,-Lim-Kit-Siang,-Lim-Guan-Eng,-walkout.
KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen DAP meninggalkan dewan, selepas bertikam lidah dengan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee berhubung imuniti Parlimen.

Mereka termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Naib Pengerusi, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kuching, Chong Chieng Jen sebelum ini mempertahankan Ahli Parlimen BN Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ia susulan laporan bekas timbalan menteri kewangan kedua itu dipanggil polis untuk merakamkan keterangannya atas dakwaan membocorkan rahsia kerajaan berhubung 1MDB.

Kit Siang, Guan Eng, Chong dan Khalid Samad (Amanah-Shah Alam) kemudiannya menggesa timbalan speaker memutuskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen dengan menyiasat Husni.

Chong memetik Perkara 63 (2) dan 63 (4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi imuniti undang-undang serta sivil kepada ahli Parlimen berhubung apa yang disuarakan mereka di Dewan Rakyat, kecuali kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Katanya, Husni yang sekadar mempersoalkan keputusan kerajaan mengenai 1MDB, bagaimanapun tidak menyentuh perkara berbaur hasutan dalam apa jua cara pun.

Ronald berkata, beliau tidak akan membuat keputusan itu kerana selaku ketua polis negara, Khalid hanya bertindak mengikut peraturan ditetapkan, seperti menyiasat berdasarkan laporan dibuat.

Katanya, beliau tidak tahu Perintah Tetap Parlimen secara terperinci.

Datuk Azeez Abdul Rahim (Umno-Baling) kemudiannya menjerit, siasatan dijalankan berdasarkan laporan diterima polis.

Mengapa tiada tindakan terhadap 1MDB, soal Husni

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.