HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pandikar terima gelaran ‘penjaga gol’ sebagai pujian

-

Dr Mahathir bengang speaker Dewan Rakyat menghalang usul dan perbahasan menentang kerajaan

0
Shares
Total Views: 1
Pandikar

KUALA LUMPUR:
Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima gelaran “penjaga gol” daripada pemimpin pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pujian.

“Saya terima gelaran itu sebagai satu pujian kerana Dr Mahathir dahulunya ketua saya,” kata Pandikar dalam nada yang positif di satu sidang media di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau kemudiannya mengajukan soalan, “sekarang ini, beliau berdiri di pihak yang mana?”

“Dr Mahathir mahu tumbangkang kerajaan, bukan saya.”

Pandikar mengingatkan tanggungjawab tugasnya untuk melindungi integriti Parlimen.

“Saya tak terkesan dengan kenyataan beliau,” katanya, dan menambah di negara lain rakan sejawatnya tidak perlu menjelaskan setiap keputusan yang dibuat.

“Di Malaysia, saya perlu beri alasan bila saya buat keputusan. Kalau saya tak beri penjelasan, tengoklah apa yang terjadi.”

Semalam, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu menggelar Pandikar “penjaga gol” Barisan Nasional..

Katanya Pandikar “banyak bercakap”, dan bengang speaker Dewan Rakyat menghalang usul dan perbahasan menentang kerajaan.

Sementara itu, Pandikar mengeluh usaha reformasi institusi Parlimen tidak dihargai.

“Saya hilang semangat. Usaha saya tidak dihargai. Saya diserang setiap hari.”

Apabila ditanya pemberita sama ada beliau akan mendesak pelaksanaan sesi soal jawab perdana menteri, Pandikar berkata akan cuba pada sesi Parlimen akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.