
Samuel Goh Sze-Wei, bekas ketua agensi pengedaran di NTUC Income, tetapi kini menganggur, memberi bukti pada hari ke-5 perbicaraan Jiawei yang berdepan 4 tuduhan menghalang undang-undang kerana didakwa menggesa saksi supaya berbohong kepada polis dalam siasatan ke atas pengubahan wang.
Mahkamah minggu lalu diberitahu Jiawei didakwa meminta Sze-Wei supaya menubuhkan syarikat kosong sebagai perantara antara sebuah syarikat pengurusan dana yang menerima bayaran daripada syarikat kosong berkaitan 1MDB, Brazen Sky, dan firma yang dikawal Jiawei dan penyelia BSI ketika itu, Kevin Swampillai.
Syarikat kosong itu dikenalpasti sebagai Bridge Global Managers.
Dalam pemeriksaan balas oleh peguam Jiawei, Philip Fong, Sze-Wei mengaku terima separuh daripada AS$1.795 juta (RM7.56 juta) yang diraih dalam masa 2 tahun oleh Bridgerock Investment, firma yang dikawal Jiawei.
Straits Times melaporkan Jiawei didakwa mengaturkan untuk Bridgerock dan GTB Investment, firma yang dikawal Swampillai, untuk menerima sebahagian daripada “referral fee” untuk manfaat masing-masing.
“Keuntungan rahsia” itu diberi dalam bentuk “referral fee”, dimana sebahagian daripada fi pengurusan yang dibayar oleh Brazen Sky kepada pengurus dana Bridge Partners Investment Management (Cayman) Ltd (BPIM), disalurkan ke Bridge Global Managers sebelum disalurkan ke firma milik Yeo dan Swampillai.
Sze-Wei, 41, dalam keterangannya turut mengaku menerima lebih AS$2.25 juta (RM9.47 juta) daripada satu lagi urus niaga melibatkan Aabar Investments PJS, pemegang saham utama Bank Falcon, bank kedua yang ditutup pihak berkuasa Singapura.
Pihak berkuasa Singapura sebelum ini berkata aliran dana 1MDB yang disiasat termasuk yang dikaitkan kepada Aabar Investments PJS (BVI) dan Aabar Investments PJS Ltd (Seychelles).
Sze-Wei pada Khamis beritahu mahkamah Jiawei yang mula mendekati beliau pada 2012 untuk mencari seorang pengurus dana berlesen untuk sebuah struktur dana fidusiari.
Szei-Wei kemudian merujuk pengurus dana BPIM ke bank Swiss, BSI, dan berkata Yeo menawarkan potongan kepadanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram