HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Semua pemimpin tinggi PAS sibuk, tidak hadir konvensyen Pakatan

-

Konvensyen pertama Pakatan Harapan bakal menyaksikan gabungan itu mengadakan persefahaman satu lawan satu menentang BN.

0
Shares
Total Views: 1
takiyuddin_hassan

PETALING JAYA:
PAS mengesahkan tidak akan menghadiri konvensyen pertama Pakatan Harapan (PH) di Shah Alam, Sabtu ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata, beliau menerima jemputan daripada PH itu semalam.

Katanya, kesemua pimpinan tertinggi parti itu mempunyai program lain.

“Saya dah semak kebanyakan kita ada program. Memang saat-saat akhir tak sempat nak pergi.

“Saya pun ada program di Kota Bharu,” katanya yang menambah terpaksa hadir sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Takiyuddin bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut program yang terpaksa dihadiri pemimpin lain.

“Itu tak perlu (tahu) kot. Sebab semua ada komitmen masing-masing. Semua ada program parti yang tak boleh dibatalkan serta merta,” katanya.

Konvensyen pertama PH Sabtu ini bakal menyaksikan perjanjian antara gabungan PKR, DAP dan Amanah itu dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bagi mewujudkan kerjasama mencapai strategi satu lawan satu dengan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang.

PAS setakat ini masih belum membuat keputusan sama ada akan bekerjasama dengan pembangkang lain pada PRU akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.