HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Peniaga gagal dapatkan mahkamah halang Bersih, Baju Merah

-

Mahkamah Tinggi memutuskan permohonan injunksi tiada merit

0
Shares
Total Views: 1
bazaar

PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan injunksi daripada 3 kumpulan peniaga yang mahu menghalang himpunan Bersih 5 dan Baju Merah Sabtu ini.

Mahkamah Tinggi memutuskan injunksi yang dipohon Persatuan Peniaga Bazaar Melayu Moden Jalan Masjid India, Persatuan Penyewa Premis Perniagaan Medan Mara dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman tiada merit.

Hakim S Nantha Balan persoalkan mengapa para peniaga memohon injunksi pada saat-saat akhir sedangkan mereka tahu mengenai perhimpunan yang akan diadakan Sabtu ini 2 bulan lebih awal.

Katanya mereka tidak dapat menjelaskan mengapa permohonan itu ditangguh-tangguh.

Katanya lagi mereka mendakwa sudah membuat laporan polis tetapi gagal mengemukakan bukti.

Bersih diwakili peguam Gurdial Singh Nijar dan Datuk Ambiga Sreenevasan manakala Mohammad Nasser Yusof dan Mohamad Fauzi Abd Samad mewakili Baju Merah, menurut Malaysiakini.

Hakim berkata mahkamah tiada kuasa untuk menentukan sama ada perhimpunan itu haram atau tidak.

Jelasnya polis mempunyai kuasa di bawah Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman untuk menyuraikan mana-mana kumpulan ke lokasi atau hari lain.

Peruntukan itu bertujuan mengelakkan konflik antara kumpulan berbeza, tambahnya.

Kumpulan peniaga terbabit, yang mendakwa mewakili 1,000 pemilik, memfailkan injunksi terhadap Bersih, pengerusinya Maria Chin Abdullah, Bersih & Adil Network Sdn Bhd, Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia dan pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos.

Thesundaily melaporkan peguam kepada peniaga, V Mugunthan, berkata peniaga meraih RM800 sehari dan lebih pada hujung minggu.

Mereka bimbang himpunan akan menjejaskan perniagaan mereka.

Katanya jumlah peserta mungkin melebihi 100,000 dan anak guamnya mungkin mengalami kerosakan.

Jelasnya kedai, gerai, cermin tingkap dan peralatan pernah dimusnahkan sebelum ini.

Peguam Bersih Gurdial meminta bukti menyokong dakwaan kerosakan itu.

Maria Chin memberita pemberita seusai perbicaraan mahkamah bahawa himpunan Sabtu ini akan diteruskan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih tidak menyebabkan peniaga menanggung kerugian sebaliknya menambah pendapatan mereka 3-4 kali ganda.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.