HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PAS: Siti Kasim bukan pencinta Orang Asli, hanya musuhi Kelantan

-

Peguam itu didakwa berpakat dengan parti politik untuk membina persepsi buruk terhadap Kerajaan Kelantan.

0
Shares
Total Views: 1
Muhammad-Sanusi_siti-kaim_6001

PETALING JAYA:
Peguam Siti Kasim yang membela Orang Asli Temiar dalam kes pembalakan di Gua Musang didakwa berbuat demikian kerana memusuhi Kerajaan Kelantan.

Malah, PAS mendakwa Siti Kasim berpakat dengan parti politik untuk membina persepsi buruk terhadap Kerajaan Kelantan yang ditadbir PAS.

“Hal di Kelantan itu digerakkan oleh parti politik, berpakat dengan penentang kelulusan undang-undang Islam seperti Siti Kassim yang memusuhi Kerajaan Kelantan, bukan pencinta alam sekitar, jauh sekali pencinta Orang Asal,” kata Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Muhammad Sanusi Mohd Nor.

“Tahukah anda bahawa seorang pemimpin PAN (Amanah) dari Kelantan, yang mendalangi isu di Kelantan sekarang ini, dulu pernah ke Kedah berjumpa Menteri Besar (Datuk Seri Azizan Abdul Razak) untuk meminta kawasan balak, berpakat dengan taikon kilang plywood (papan lapis),” katanya di Harakahdaily hari ini.

Penentangan suku Temiar di Gua Musang kembali panas susulan penangkapan 47 Orang Asli pada Selasa, dalam usaha Kerajaan PAS Kelantan membuka laluan kepada pembalakan di kawasan yang dikatakan tanah adat mereka.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan mendakwa mereka sudah melanggar undang-undang kerana menghalang pembalak berlesen daripada mengambil balak dari hutan simpan Balah.

Siti Kasim, yang bersama masyarakat suku Temiar yang terkesan sejak Oktober lepas, mencabar Kerajaan Kelantan supaya membuat penentuan di mahkamah.

“Jika keprihatinan itu hanya ditujukan kepada Kelantan, tetapi tidak pula prihatin dengan negeri lain seperti Sarawak, Sabah atau Pahang, keprihatinan itu tentu mempunyai muslihat,” kata Sanusi.

“Muslihat yang boleh disyaki dalam kategori jahat!” tambahnya.

Pengerusi Asas Tani & Alam Sekitar itu menggesa mereka supaya membuktikan keikhlasan dengan melobi pindaan undang-undang supaya mengharamkan pembalakan sama sekali.

Mereka juga diminta mencadangkan sumber hasil alternatif kepada Kelantan dan 127,757 pekerja dalam industri itu.

Jabatan hutan tahan ‘selori’ Orang Asli, kata peguam

Dedahkan dalang hasut Orang Asli, kata Siti Kasim

Siti Kasim cabar Kelantan heret Orang Asli ke mahkamah

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.