
Ahli PAC, Dr Tan Seng Giaw berkata, wang yang disalurkan kerajaan persekutuan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu adalah untuk menyediakan bekalan air kepada penduduk kampung miskin dan sekolah di Pulau Gaya.
“PAC pergi ke KK (Kota Kinabalu) untuk meninjau projek itu. Ia teruk. Mereka adalah orang miskin. Kami nak tahu mengapa penduduk kampung masih tidak dapat bekalan air apabila kerajaan persekutuan sudah memberi wang mencukupi untuk projek itu.
“Kami mahu tahu di mana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,” katanya kepada FMT hari ini.
Dr Tan berkata, peruntukan itu diberikan pada 26 Disember 2011 dan projek itu sepatutnya siap menjelang September 2015.
Katanya, PAC akan memanggil pihak terbabit dalam projek itu, termasuk Jabatan Air Negeri Sabah dan mengumpul penemuan itu menjadi satu laporan menjelang 6 Mac untuk sidang Dewan Rakyat pada Mac ini.
Semalam, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, adalah penting untuk PAC turun padang dan memeriksa sendiri kemajuan projek bagi mengesan jika timbul sebarang masalah.
Katanya, adalah penting untuk PAC mengaudit projek dan jabatan kerajaan yang dinyatakan dalam laporan tahunan ketua audit negara supaya pegawai boleh bertindak bagi memperbaiki kesilapan mereka.
Dr Tan berkata, ahli PAC hanya meninjau projek yang berkemungkinan besar membabitkan penyalahgunaan dana.
“Kami sudah mengadakan kunjungan ke tapak projek. Tetapi, kita tidak boleh meninjau semua projek kerana ada banyak kes yang secara keseluruhannya bernilai berjuta-juta. Kes selebihnya kita akan panggil mereka ketika mesyuarat PAC.
“Ia adalah mustahil untuk melawat tapak projek sepanjang masa kerana ada banyak projek,” katanya.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram