HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Orang Asli Kelantan ada bukti Jabatan Perhutanan bakar pondok

-

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan berkata JPNK juga menimbus barang peralatan masakan mereka ketika melakukan operasi meroboh sekatan laluan pembalakan di situ.

0
Shares
Total Views: 1
orangasli_kelantan_600
PETALING JAYA: Masyarakat Orang Asli Gua Musang mendakwa mereka ada bukti menunjukkan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) membakar pondok bagi menghalang laluan balak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Kelantan semalam.

Setiausaha Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Jamali Ayu berkata JPNK juga menimbus barang peralatan masakan mereka ketika melakukan operasi meroboh sekatan laluan pembalakan di situ.

Beliau berkata semua barangan seperti pinggan mangkuk dibakar selain membakar pondok, buluh, kayu dan atap yang dibina Orang Asli di kawasan itu.

“Bagaimana Jabatan Perhutanan boleh nafi mereka bakar sekatan dan pondok kami, sedangkan kami sendiri melihatnya, dan ada bukti menunjukkan mereka yang bakar,” katanya kepada FMT.

Jamali berkata JPNK tidak memberi alasan kenapa mereka bertindak begitu, sebaliknya mengarahkan Orang Asli mengosongkan kawasan itu bagi membolehkan mereka menjalankan kerja meroboh itu.

Terdahulu, Pengarah JPNK Datuk Zahari Ibrahim menafikan jabatan itu membakar pondok haram yang dibina Orang Asli di sekatan laluan balak semalam.

Zahari mengakui pasukan penguatkuasa agensi itu melaksanakan operasi meroboh pondok haram yang dibina pagi tadi tetapi tidak membakar pondok sesuka hati seperti didakwa sesetengah pihak.

Beliau berkata berdasarkan laporan pegawai yang menjalankan operasi itu, kebakaran berpunca daripada bara api ditinggalkan sekumpulan Orang Asli dalam pondok yang baru dibina mereka di kawasan sekatan pembalakan tersebut.

Jamali berkata pihaknya pada masa ini akan berhenti seketika daripada membina semula sekatan berkenaan.

“Setakat ini semua sekatan yang dibina di hutan di Gua Musang sudah dirobohkan dan kita akan bina semula, tetapi bukan dalam masa terdekat,” katanya.

Jabatan perhutanan Kelantan nafi bakar pondok Orang Asli

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.