
Zainuddin, atau Zam, berkata ia kerana Nazri akan dihentikan oleh partinya atas alasan ia melanggar disiplin kerana tidak mendapat kebenaran parti terlebih dulu.
Bekas ketua pengarang media Umno Kumpulan Utusan Melayu itu berkata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak, 2 pemimpin yang menjadi pengkritik Dr Mahathir, juga tidak mahu persepsi mereka berdua takut berdepan bekas perdana menteri itu dan digelar “hanya berani menikam Mahathir dari belakang”.
“Tidak mengejutkan bila Annuar Musa tidak merestukan Nazri sebagai mewakili parti kerana Nazri telah mengambil tanggungjawab yang sepatut dilakukannya sebagai ketua penerangan Umno,” katanya.
Nazri baru-baru ini menerima cabaran Dr Mahathir untuk berdebat dengannya mengenai beberapa isu termasuk 1MDB dan skandal BMF yang berlaku di era 1980-an.
Annuar baru-baru ini berkata debat yang dijadualkan pada 25 Mac di Padang Rengas, Perak itu tidak mewakili Umno, dan bersifat peribadi.
Susulan itu, Zam membayangkan kemungkinan acara itu tidak akan berlaku, menceritakan pengalamannya dulu ketika cuba menjadi orang tengah di antara Dr Mahathir dan perdana menteri waktu itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Saya telah ditegur oleh Abdullah kerana didakwa saya tidak memaklumkan kepada parti untuk mengatur pertemuan damai beliau dengan Tun,” katanya, yang menafikan tidak mendapat izin Abdullah.
Sebaliknya, Zam berkata Abdullah “dihasut” oleh “budak-budak berhingus tingkat empat”.
Tingkat 4 merupakan panggilan terhadap penasihat Abdullah ketika itu.
Menurut Zam, sama ada suka atau tidak, Nazri tetap dilihat mewakili Umno dan kerajaan kerana beliau adalah anggota Majlis Tertinggi Umno dan juga ahli kabinet.
Bagaimanapun, Zam berkata apa yang terbukti daripada episod debat ini ialah Nazri “bukanlah Pondan Padang Rengas tetapi Wira Berani Padang Rengas”.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram