HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Suspek kes Jong Nam main snuker di kedutaan?

-

ANN News menyiarkan rakaman selama 1 minit menunjukkan lelaki mirip Kim Uk Il sedang berjalan di bilik snooker yang terletak di tingkat 2 Kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.

0
Shares
Total Views: 1
Ri-Ji

PETALING JAYA:
Seorang lelaki mirip pekerja syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo yang dikehendaki polis dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam, dirakamkan bermain snuker di dalam Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

Oriental Daily memetik laporan khas yang disiarkan rangkaisan televisyen All-Nippon News Network (ANN News) kendalian TV Asahi, pada Selasa, mendedahkan rakaman sepanjang 1 minit yang menunjukkan lelaki mirip Kim Uk Il, 37, itu sedang berjalan di dalam bilik snuker yang terletak di tingkat 2 kedutaan itu di Jalan Batai, Bukit Damansara.

Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan sedang bermain snuker dalam keadaan tenang dan gembira, seakan-akan tidak bimbang sendiri disenaraikan suspek dalam kes pembunuhan Jong Nam.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan dalam rakaman itu ialah seorang lelaki yang sedang memegang kiu dengan bahagian sisi badan dan mukanya mirip seorang lagi suspek yang diumumkan polis sedang bersembunyi di Kedutaan Korea Utara, Ri Ji U, 30, atau dikenali sebagai James.

Pada 13 Mac lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, Uk Il dan Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur, Hyon Kwang Song, 44; dipercayai sedang berlindung di kedutaan itu.

“Polis harus menghormati Konvensyen Vienna, di mana perkarangan kedutaan yang dilindungi kekebalan diplomatik tidak boleh diceroboh,” kata Khalid.

Oriental Daily melaporkan sumber pernah memberitahu Uk Il berulang kali keluar masuk Malaysia dan dia disyaki bertanggungjawab mengkaji lokasi dan cara melarikan diri.

Sumber itu berkata, Uk Il menggunakan kemudahan sebagai pekerja syarikat penerbangan untuk mengkaji keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dan pernah muncul bersama 4 suspek lain yang dipercayai sudah kembali ke Korea Utara dalam rakaman CCTV lapangan terbang.

Menurut sumber itu, Uk Il, Ji U dan Kwang Song bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur selepas menyerang Jong Nam dan bercadang melarikan diri kemudian.

Bagaimanapun, belum sempat berbuat demikian, polis berjaya mengesan mereka terbabit dalam kes berkenaan, jadi mereka bertiga terpaksa berlindung di kedutaan terbabit.

Abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un, itu didakwa dibunuh 2 wanita asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX, ketika berada di klia2 untuk menunggu pesawat ke Macau.

Dua wanita warga asing – Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, dari Vietnam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu atas pertuduhan membunuh Jong Nam.

Satu-satunya suspek Korea Utara, Ri Jong Chol yang direman pada 18 Februari lalu, dibebaskan kerana kekurangan bukti dan diusir dari Malaysia pada 3 Mac lalu.

Tujuh lagi warga Korea Utara dikehendaki polis Malaysia berhubung kes itu, dengan 4 daripada mereka dikatakan sudah kembali ke Pyongyang, manakala 2 lagi bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur.

KPN: Dua individu dikehendaki masih dalam kedutaan Korea Utara

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.