HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Biawak: Nasihat Azmin kepada Hadi

-

MB Selangor mengajak presiden PAS menggunakan kata-kata manis.

0
Shares
Total Views: 1
azmin-hadi
SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali hari ini menasihati Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan “kata-kata manis” walaupun berdepan dengan musuh, selepas kenyataan presiden PAS itu yang menyifatkan kerjasama dengan parti lain umpama “memikul biawak hidup”.

“Kita sepatutnya menzahirkan kata-kata yang lebih manis, lunak, saling hormat menghormati. Walaupun kita berhujah dengan musuh sekalipun, tidak ada keperluan gunakan istilah yang tidak sihat,” kata Azmin.

Timbalan presiden PKR itu berkata tidak ada keperluan untuk Hadi menggunakan istilah tidak sihat.

Hadi dalam kenyataan hujung minggu berkata Pakatan Harapan (PH) umpama biawak besar yang lebih berpenyakit daripada Barisan Nasional (BN).

“Menyertai BN laksana memikul biawak hidup. Walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN telah keluar dan menyertai PH. Bahkan menyertai PH biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah,” tulis Hadi.

Teguran Azmin hari ini terhadap PAS di sebalik kenyataannya yang dilihat menyindir kekalahan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dalam pemilihan PAS Pengkalan Chepa pada 18 Mac lalu.

Susulan itu, hubungan PAS dan PKR menjadi tegang, dan beberapa PAS bahagian yang bermesyuarat minggu lalu meluluskan usul supaya parti Islam itu memutuskan hubungan dengan PKR, satu-satunya parti besar yang masih mengekalkan kerjasama dengan PAS.

Hadi: Sertai BN pikul biawak hidup, Pakatan biawaknya lebih besar

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.