
Mereka berkata, kerajaan sepatutnya mendengar suara mereka dan melihatnya sebagai kritikan membina.
“Memberi kritikan adalah perkara yang baik. Mengapa di Malaysia apabila ada pihak membangkang, kita nak hukum mereka?” soal Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau juga mempersoalkan pemberian surat tunjuk sebab kepada 5 orang guru kerana didakwa “menghentam kerajaan di pentas pembangkang”, seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.
Ia susulan kenyataan Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam yang menasihatkan guru yang berpolitik supaya tidak melanggar peraturan penjawat awam atau berhenti daripada perkhidmatan tersebut.
Menurut laporan itu, Mahdzir berkata mereka diberi masa 2 minggu bagi menjawab surat itu.
“Ini (surat tunjuk sebab) tidak perlu. Sudah tiba masa kita toleran dengan pegawai kerajaan dan jika mereka ada rasa tidak puas hati, kita berbincang dengan mereka,” katanya.
Datuk Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) pula memetik kembali kata-kata Perdana Menteri Malaysia ke-II Tun Abdul Razak berhubung peranan penjawat awam sebagai unsur “semak dan imbang”.
“Tun Razak pernah berkata, ‘penjawat awam perlu bersuara terhadap ahli politik, dan tidak membenarkan diri mereka dikawal oleh kami (ahli politik)’.
“Ini kata-kata Tun Razak, bukannya ugut penjawat awam,” katanya.
Mahdzir di Twitter hari ini nafi membuat ugutan tetapi nasihat kepada para guru yang mengkritik kerajaan agar tidak keterlaluan sehingga terdapat unsur memfitnah kerajaan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram