HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Najib sekeluarga menginap di hotel sama diduduki Raja Saudi di Bali

-

Rombongan 24 orang itu dijangka akan berlepas ke Australia Jumaat ini, menurut laporan media Indonesia.

0
Shares
Total Views: 1
najib-razak-bali-hotel-cuti
PETALING JAYA: Sehari selepas menjadi hos rumah terbuka sambutan Aidilfitri peringkat Kabinet di Seri Perdana Ahad lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlepas bersama keluarga ke Bali, Indonesia, untuk bercuti 5 hari sebelum ke Australia.

Pesawat yang membawa Najib dan rombongannya mendarat di lapangan terbang antarabangsa di Denpasar pada tengah hari Isnin, menurut The Jakarta Post (JP), dan mereka dijangka menginap di hotel sama yang diduduki Raja Arab Saudi, Salman Abdul Aziz, yang melawat pulau peranginan itu Mac lepas.

JP turut melaporkan Najib disambut oleh Gabenor Bali, Made Mangku Pastika, komander tentera Mejar-Jeneral Komaruddin Simanjuntak dan ketua polis Bali, Jen Petrus R. Golose, selepas mendarat Isnin lalu.

Rombongan Najib itu dijangka berlepas ke Perth, Australia pada Jumaat.

Laporan rangkaian berita Indonesia Metro TV berkata rombongan seramai 24 orang termasuk Najib itu menggunakan 11 kenderaan termasuk Mercedes-Benz, Toyota Camry, Toyota Kijang Innova dan Toyota Hiace.

Metro TV hari ini memetik komandan resort, Gede Widiyana sebagai berkata perdana menteri tinggal di bilik President Suites di Hotel St Regis di Nusa Dua.

“PM Malaysia kamarnya 1 suites. 11 kamar standar, dan rombongannya 24 orang,” menurut Widiyana yang memberitahu Metro TV News.

Mac lalu, rombongan Raja Salman diiringi seramai 1,500 pegawai, dan antara barangan yang dibawa bersamanya ialah sofa dan televisyen 80 inci, bernilai hampir AS$1.3 juta untuk ditempatkan di hotelnya, menurut portal berita kompas.com.

Kerajaan Arab Saudi juga menyewa 45 trak khas bagi mengangkut bagasi Salman sepanjang berada di Bali. Semua barangan persendiriannya termasuk bahan makanan sudah pun tiba 2 minggu awal.

TV dan sofa RM6 juta antara barangan cuti Raja Saudi di Pulau Bali

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.