HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Lagi berita buruk Bandar Malaysia

-

China membataskan pinjaman bank kepada Dalian Wanda Group yang berminat membangunkan Bandar Malaysia, tetapi berita itu menyebabkan saham Iskandar Waterfront City Bhd meningkat.

0
Shares
Total Views: 1
bandar-malaysia-wanda-group-the-wall-street-journal-1
KUALA LUMPUR: Kemungkinan kejayaan projek bilion ringgit Bandar Malaysia kelihatan samar selepas China membataskan pinjaman kepada Dalian Wanda Group.

Wall Street Journal melaporkan pengawal selia China mengarahkan bank-bank besar di negara itu menahan pinjaman kepada Dalian Wanda Group, yang didekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membantu menyelamatkan projek tersebut.

Kini dengan terbatasnya kemudahan pinjaman mereka, Dalian Wanda Group mungkin tidak akan dapat terlibat dalam projek itu.

Menurut WSJ, pengawal selia perbankan China memberitahu para eksekutif di bank-bank besar milik negara bahawa 6 pemerolehan asing Wanda tertakluk kepada sekatan modal kerajaan.

Di samping itu, WSJ melaporkan kerajaan China menghalang syarikat tersebut menggunakan dana yang diletakkan di tanah besar China untuk membiayai sebarang urusjanji itu.

Laporan itu berkata ini mungkin menjadi sebab kepada keputusan mengejutkan syarikat tersebut minggu lalu untuk menjual kebanyakan taman tema dan hotel mereka kepada pemaju, Sunac China Holdings Ltd.

Sementara itu, The Sun yang melaporkan berita masalah yang dialami Dalian Wanda Group menyebabkan saham Iskandar Waterfront City Bhd (IWC) meningkat sebanyak 24% pada dagangan awal pagi.

IWC, yang akan bergabung dengan Iskandar Waterfront Holdings Bhd, rakan usaha sama sebelum ini dalam urusjanji untuk membeli 60% kepentingan di Bandar Malaysia dan pemaju induk yang ditamatkan, melihat dagangan yang kurang menarik selepas Najib terlebih dahulu mengumumkan Dalian Wnada mungkin berminat mengambil bahagian dalam projek Bandar Malaysia.

Pada Mei, Pengerusi Dalian Wanda Group Wang Jianlin, lelaki terkaya di China memberitahu media di Beijing pada sidang akhbar bersama Najib bahawa pelaburan syarikatnya “sangat besar”, dianggarkan lebih dari US$10 bilion (RM44 bilion).

“Walaupun kita belum mencapai persetujuan lagi, saya di sini menyatakan pendirian saya,” katanya dipetik sebagai berkata.

Ini berlaku seminggu selepas Kementerian Kewangan mengumumkan penamatan perjanjian dengan konsortium ICSB yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC).

TRX City Sdn Bhd, sebuah entiti di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan, dalam kenyataan ketika itu berkata perjanjian penjualan saham yang menguasai pembangunan 486 ekar tanah di Sungai Besi sudah luput kerana ICSB gagal memenuhi obligasi pembayaran walaupun diberikan sambungan berulang. Tetapi ini dipertikaikan ICSB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.