HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mukhriz: Najib satu-satunya PM jual tanah hak milik kekal kepada warga asing

-

Timbalan presiden PPBM itu berkata projek ECRL bukan salah satu permintaan daripada rakyat Pantai Timur.

0
Shares
Total Views: 1
Mukhriz-Mahathir-najib
KEMAMAN: Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Datuk Seri Najib Razak merupakan satu-satunya perdana menteri yang membenarkan warga asing membeli tanah berstatus hak milik kekal.

“Saya pernah jadi menteri besar. Nak jual tanah hak milik kekal, orang sendiri pun susah. Tak pernah jual kepada orang luar,” katanya pada ceramah PPBM di sini malam tadi.

Walaupun Mukhriz tidak merujuk tanah yang dimaksudkannya, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini memetik laporan Bloomberg sambil mempersoalkan projek Forest City di Johor di atas tanah seluas lebih 1,300 hektar, yang bakal menyaksikan sejumlah besar warga China menjadi pemilik hartanah di situ.

Dr Mahathir turut pernah mendakwa projek Forest City mengancam kedaulatan negara disebabkan kemasukan besar-besaran rakyat China.

Dakwaan itu dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang berkata bekas perdana menteri itu cuba menakut-nakutkan pelabur China di negerinya.

Mukhriz dalam ucapannya berkata tidak ada negara yang menjual tanah mereka kepada warga asing kecuali Malaysia.

Menurutnya, ia tidak terhenti di situ, malah bekalan binaan juga tidak dibeli daripada pembekal tempatan.

“Setiap jenis bekalan, bahan binaan dari besi, simen, skrew, diimport dari negara sendiri. Pekerja pun bawak masuk. Daripada itu, tiada langsung tempias pembangunan ekonomi kepada masyarakat tempatan. Tak dapat apa-apa manfaat daripada projek-projek ini yang dianggap projek gergasi,” kata Mukhriz.

Mukhriz turut mempersoalkan projek besar-besaran melibatkan China seperti Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), dan berkata ia bukan sahaja tidak menguntungkan rakyat Malaysia dari segi ekonomi tetapi tidak pernah dituntut penduduk di bahagian semenanjung itu.

“Tak pernah ingat orang Terengganu mintak projek ini. Jika diberi peluang untuk pilih lebuh raya dan ECRL, mana satu tuan-tuan pilih? ECRL dan universiti, ECRL dan hospital, mana tuan-tuan pilih?

“Tak pernah kita mintak pun projek ECRL ini. Cucu cicit menanggung hutang. Kenapa berlaku? Kerana kita mempunyai seorang pemimpin yang lemah.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.