HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kau ingat kau hebat, Azwan Ali nekad jatuhkan Azmin

-

Penghibur itu berkata beliau akan menyertai ceramah Umno untuk mendedahkan ‘rahsia Azmin’.

0
Shares
Total Views: 1
azwan-azmin
KUALA LUMPUR: Penghibur Azwan Ali, adik kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berjanji membantu Umno pada pilihan raya umum akan datang untuk menjatuhkan abangnya.

Menurutnya, beliau menyimpan dendam hampir 5 tahun terhadap Azmin kerana mendakwa tidak menghargai jasa adik-beradik.

“Kau ingat kau menteri besar, kau hebatlah, biar aku jatuhkan. Menteri lain tidak berani jatuhkan jadi aku jatuhkan,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Perhimpunan Agung Umno hari ini.

Ia sehari selepas Azwan, 51, dalam sebuah klip video berkata beliau mempunyai sejuta idea untuk “menjahanamkan Azmin Ali” di Selangor.

“Biar orang kata saya ni barua Umno. Alang-alang, hidup Datuk Seri Najib Razak. Jahanam Azmin,” katanya.

Azwan berkata Azmin tidak menghargai jasa beliau selama ini.

“Apa jenis abang, kau menang besar, aku jual maruah aku sebagai artis aku hilang pekerjaan. RTM hitamkan aku sebab aku datang macam ini berdiri di belakang Azmin Ali sebelum ini,” katanya.

Azwan berkata akan mendedahkan “rahsia Azmin” satu persatu dalam siri ceramah bersama-sama pemimpin Umno Selangor.

“Saya dah kata saya dah puas bersabar 5 tahun, haruskah aku berdiam dengan perangai dia mencucuk adik beradik mencaci hina nama saya di hadapan wartawan.”

Sementara itu, Azwan berkata beliau menyokong penuh hasrat Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos untuk bertanding menentang Azmin di DUN Bukit Antarabangsa untuk PRU akan datang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.