
Ketua Biro Undang-undang PH, Gobind Singh Deo berkata sebelum ini JPPM memberi alasan pendaftaran gabungan itu tidak boleh diluluskan selagi 2 masalah itu belum diatasi.
Gobind berkata JPPM sekarang ini mesti meluluskan permohonan PH atau bersedia hadapi tindakan undang-undang.
“Kami mahu tahu mengapa tiada raspon daripada mereka. Sekarang kami berdepan satu pilihan raya umum,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas JPPM memaklumkan pihak mereka mengiktiraf barisan kepimpinan baharu CEC, selepas parti itu diarah mengadakan 2 pemilihan semula, yang terbaharu pada November tahun lepas, atas dakwaan tidak menepati undang-undang.
Penubuhan PH diumumkan tahun lepas, yang terdiri daripada PPBM, PKR, DAP dan Amanah. Mereka merancang untuk bertanding pada pilihan raya akan datang bawah satu logo.
Bulan lepas, gabungan itu mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.
Gobind berkata PH akan cuba mendapatkan jawapan daripada JPPM esok.
“JPPM perlu lebih profesional dan jawab surat yang dihantar kepada mereka. Kalau itu tidak dilakukan dalam tempoh masa yang diberikan, kami tiada pilihan kecuali mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap JPPM bagi memaksa mereka menjawab surat kami,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat DAP hari ini.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram