HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Azmin: Demokrasi ialah proses kecoh, PPBM Selangor bebas bersuara

-

Pengerusi PH Selangor, Azmin Ali berkata, jika rundingan sekurang-kurangnya 80 hingga 95% kerusi dapat diselesaikan, ia satu kejayaan besar dan mungkin kurang daripada 5% kerusi yang perlu dirundingkan.

0
Shares
Total Views: 1
azmin-ali-pakatan-harapan-ph

SHAH ALAM:
Rundingan berhubung kerusi Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya umum ke-14 di Selangor masih berjalan, kata Pengerusi PH negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berharap rundingan dalam kalangan PKR, PPBM, Amanah dan DAP itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

Beliau menyifatkan rasa tidak puas hati PPBM berkaitan rundingan itu sebagai perkara biasa, di mana parti berkenaan bebas menyuarakan pendapat masing-masing.

“Ia (demokrasi) adalah proses kecoh dan kita harus membenarkan mereka menyatakan pandangan. Sebab itu dari awal lagi saya katakan, kalau kita dapat menyelesaikan usaha itu sekurang-kurangnya 80, 90 atau 95%, ia adalah kejayaan besar.

“Tetapi jika ada kerusi, barangkali kurang daripada 5% yang perlu dirundingkan, kita harus benarkan proses itu kerana kita hendak menang,” katanya selepas menghadiri majlis konvokesyen di sini, hari ini.

Ketua Penerangan PPBM Selangor, Sallehudin Amiruddin berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan pengumuman PH negeri 35 daripada 56 kerusi di Selangor sudah diputuskan.

Sallehudin berkata, PPBM mengintai 12 kerusi Umno negeri, tetapi mendakwa kerusi itu diberikan kepada PKR.

PPBM Selangor tegas mahu 12 kerusi DUN, tidak iktiraf keputusan PH

PPBM Selangor setuju teruskan perbincangan kerusi, kata Azmin

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.