HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

1MDB paling disiasat tapi terbukti saya tak bersalah, kata Najib

-

Najib laporan PAC membuktikan beliau tidak mencuri dana rakyat atau melakukan sebarang kesalahan, dan derma dari Arab Saudi bukan wang 1MDB.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Najib berkata siasatan demi siasatan terhadap 1MDB hanya membuktikan dia tidak bersalah.

KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata siasatan demi siasatan terhadap 1MDB, badan yang paling banyak disiasat dalam sejarah negara, hanya membuktikan satu perkara iaitu dia tidak bersalah.

Perdana menteri berkata siasatan melibatan banyak pihak seperti bank negara, polis dan ketua audit negara, serta Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), yang turut dianggotai oleh wakil-wakil rakyat pembangkang.

“Kita tanya beberapa perkara pokok dalam laporan itu. Pertama, adakah dalam laporan itu mana-mana ayat menyatakan saya curi duit 1MDB? Jawabnya tidak sama sekali.

“Kedua, sama ada laporan PAC menyatakan saya ada buat kesalahan? Jawapannya, tidak. Ketiga, adakah laporan tersebut mengatakan derma kerajaan Arab Saudi merupakan duit 1MDB? Jawapannya, tidak sama sekali.

“Laporan tersebut membuat kesimpulan, saya tidak melakukan sebarang kesalahan,” katanya.

Najib berkata demikian di sesi forum sempena pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) malam tadi.

Rasionalisasi berjalan lancar

Sementara itu, perdana menteri berkata pelan rasionalisasi 1MDB berjalan lancar dan kerajaan sedang giat membangunkan Tun Razak Exchange (TRX).

Beliau berkata Bandar Malaysia, yang akan menjadi kawasan paling membangun dalam beberapa tahun lagi, akan menjana hasil yang akan digunakan untuk menyelesaikan hutang 1MDB.

“1MDB satu model perniagaan di mana asasnya tidak kukuh  sebab suntikan modal cuma RM1 juta sahaja. 1MDB mempunyai program besar dan telah meminjam sejumlah RM42 bilion, bukannya RM42 bilion hilang.

“Kalau kadar faedah 5% maknanya faedah lebih kurang RM2 bilion setahun sahaja,” katanya.

Pada 31 Disember lepas, 1MDB dilaporkan selesai membuat semua pembayaran kepada dana kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co PJSC dalam satu urusjanji menyelesaikan pertikaian hutang MR4.9 bilion. Pada Mac tahun sama, 1MDB, yang menanggung hutang sehingga RM50 bilion setakat Januari 2016, dilaporkan sudah melangsaikan semua hutang bank dan hutang jangka masa pendek.

Media melaporkan wang untuk pembayaran itu diperolehi hasil program rasionalisasi yang antara lain melibatkan pertukaran hutang dengan aset dengan IPIC, penjualan Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp untuk RM9.83 bilion, pembangunan tanah Tun Razak Exchange dan pelupusan aset bukan teras.

Najib malam tadi berkata 1MDB hadapi krisis berterusan disebabkan rancangan awal menyenaraikan Edra Energy digagalkan oleh pihak yang cuba menggunakan isu 1MDB sebagai isu politik.

Beliau berkata Edra sepatutnya disenaraikan mengikut jadual tetapi tidak dan kira-kira RM18 bilion hingga RM22 bilion yang sepatutnya diperoleh daripada pasaran ketika itu tidak berlaku.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.