
Dr Mahathir berkata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, harus menyokong dakwaannya dengan bukti sepertimana pentadbirannya dalam hal hutang dan liabiliti negara.
“Kita kata negara hilang RM1 trilion, kita ada bukti dan dokumen yang menunjukkan kita hilang. Ini cakap mulut saja, suruh dia tunjuk bukti,” katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa bersama warga polis di Masjid Bukit Aman hari ini.
Rahman dalam kenyataan hari ini mengkritik keputusan kerajaan menghentikan projek HSR, yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada September 2010.
Ahli majlis tertinggi Umno itu berkata Malaysia akan kerugian RM209 bilion daripada pendapatan kasar negara dan kehilangan kira-kira 70,000 pekerjaan jika projek itu dibatalkan.
Semalam, Dr Mahathir mengesahkan pembatalan projek HSR dan berkata negara perlu membayar pampasan sebanyak 500 juta kepada Singapura kerana melanggar terma perjanjian.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram