HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Guan Eng: AS janji pulangkan aset dalam siasatan 1MDB

-

Menteri kewangan berkata, perkara itu disampaikan Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Lim Guan Eng bergambar dengan Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR:
Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia berkata, aset yang dirampas Washington dalam siasatan kes 1MDB akan ditukarkan kepada bentuk mata wang dan dipulangkan kepada Putrajaya.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan perkara itu dalam Twitter susulan pertemuannya dengan Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

“Beliau memberi jaminan kepada saya, aset dirampas daripada 1MDB akan ditukarkan dalam bentuk mata wang dan dikembalikan kepada Malaysia secepat mungkin.”

Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman sivil untuk merampas aset yang didakwanya dibeli dengan dana diseleweng daripada 1MDB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.