HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

SPRM tahan ketua pegawai eksekutif GLC

-

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai menyalah guna kuasanya bagi memanipulasi beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.

69
Shares
Total Views: 8
Free Malaysia Today
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

PUTRAJAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat beDrkaitan kerajaan (GLC) bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian beberapa tender projek pembinaan bernilai kira-kira RM300 juta.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 59 tahun itu dipercayai menyalah guna kuasanya bagi memanipulasi beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.

“Projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, kontraktor terbabit gagal melaksanakannya.

“Ia kemudian diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan ‘Datuk’ terbabit dan perkara tersebut dipercayai memang dirancang dari awal,” katanya.

Sumber SPRM berkata lelaki berkenaan ditahan di syarikat GLC yang terlibat dalam hartanah itu kira-kira 12.00 tengah hari.

Difahamkan, SPRM juga melakukan serbuan di 3 lokasi sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.