HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Program Latihan Khidmat Negara ditangguhkan

-

Jabatan Latihan Khidmat Negara berkata, penangguhan itu disebabkan pengambilan peserta melebihi sasaran 20,022 orang yang ditetapkan.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
PLKN diperkenalkan pada 2003.

PETALING JAYA:
Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengumumkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan 3 tahun ini ditangguhkan sehingga diberitahu kelak kerana pengambilan peserta sudah melebihi sasaran 20,022 orang yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, semua bakal pelatih Kumpulan 3 Siri 15/2018 yang telah menerima notis pemberitahuan pelatih (NPP) pada tarikh ditetapkan sebelum ini tidak perlu menghadirkan diri ke PLKN.

“JLKN tidak akan mengeluarkan surat pemakluman mengenai penangguhan bagi NPP ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PLKN yang dilaksanakan sejak 2003 pada mulanya diwajibkan untuk remaja berusia 18 tahun dalam kelompok yang dipilih secara rawak.

Ia kemudiannya diubah suai menjadi program sukarelawan pada 2017 di bawah PLKN 2.0.

Semalam, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dilaporkan berkata, PLKN bukan program gagal, sebaliknya ia perlu diteruskan dengan bajet rendah dan lebih efektif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.