HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Koleksi beg Birkin Hermès untuk kaya-kaya sahaja

-

Beg jenama terkemuka dan mewah Hermes iaitu Birkin bukan sembarangan beg kerana ia hanya dijual dalam kalangan orang kaya dan selebriti sahaja.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pengumpul terkenal beg Hermes, Jane Finds dan isteri David Beckham, Victoria Beckham antara penggemar beg Birkin.

Untuk pengetahuan anda, beg tangan Birkin oleh Hermès bukanlah sembarangan jenama atau koleksi yang ada boleh beli di pusat beli-belah mahupun butik. Sabar, kita nak rungkai satu demi satu mengenai beg itu.

Birkin ialah model, Hermès ialah jenama

  • Birkin adalah model beg tangan buatan tangan daripada jenama Hermès.
  • Ia dinamakan sempena nama penyanyi dan pelakon Jane Birkin.

Simbol kekayaan dan kemewahan

  • Birkin ialah simbol kekayaaan kerana harganya yang mahal dan sukar dimiliki.
  • Secara kasar, harganya bermula dari AS$9,000 sehingga AS$150,000.
  • Setiap satu beg mempunyai harga berbeza mengikut material diguna, jahitan, aksesori tambahan dan masa buatan.

Tempah, itu pun kena guna saluran betul

  • Anda tak boleh main beli sesuka hati di mana-mana kerana ia hanya dijual mengikut tempahan.
  • Jualan mengikut jadual yang sukar diramal, kuantiti terhad.
  • Kepada mereka yang membeli dari pihak tengah, kena tunggu lama untuk mendapatkan satu unit beg, sekitar 6 bulan hingga 3 tahun!
  • Oleh kerana jumlahnya sedikit atau terhad maka ia menjadi koleksi sangat eksklusif.

Koleksi Birkin berasal daripada keluhan Birkin

  • Ia berasal daripada Jane Birkin yang mengeluh betapa sukarnya mendapat beg kulit mengikut citarasanya pada 1981.
  • Kebetulan keluhan itu disampaikan kepada ketua eksekutif Hermès, Jean-Louis Dumas yang duduk bersebelahan dengan Jane Birkin dalam penerbangan ke London dari Paris.
  • Menurut berita, ilham dan reka bentuk asli Hermès Birkin dilakar di atas beg muntah dalam kapal terbang yang dinaiki mereka.
  • Pada tahun 1984, Dumas membuat sebuah beg kulit lembut untuk Birkin, berdasarkan satu rekaan 1892.
  • Birkin menggunakan beg itu untuk dirinya sendiri namun kemudian mengubah fikirannya dan sejak itu ia menjadi ikon fesyen mewah.

Sejarah Hermès

  • Hermès International SA atau Hermès ditubuhkan pada tahun 1837.
  • Selain beg tangan, ia mengeluarkan barangan mewah berfesyen seperti barangan kulit, aksesori gaya hidup, perabot rumah, barang kemas dan jam tangan.
  • Logo Hermès, sejak tahun 1950-an adalah kereta Duc dengan kuda.
  • Nama Hermès bukan diambil sempena nama Dewa Greek yang juga bermakna “pesuruh tuhan” tetapi nama pengasasnya, Thierry Hermès yang berdarah Perancis-Jerman.

Menarik mengenai Birkin

  • Setiap unit neg tangan Birkin mengambil masa minimum 48 jam, disiapkan oleh seorang pakar terlatih dalam pembuatan beg yang bukan sahaja cantik tetapi berkualiti.
  • Birkin termahal pernah dilelong bernilai RM988,375 yang diperbuat daripada kulit buaya rona merah jambu fuschia dilengkapi kancing berlian serta logam emas putih 18 karat.
  • Birkin memperoleh beg Birkin secara percuma selain royalti secara tahunan yang dilapor sekitar £30,000 (RM166,890) pada tahun 2012.
Free Malaysia Today
Beg merah jambu terang kulit buaya ini merupakan beg tangan model Birkin termahal didunia di jual pada harga RM988,375 di Hong Kong.

Kalau anda rasa pernah terlihat mana-mana rakyat Malaysia yang bawa beg Birkin Hermès, ketahuilah ia bukan sebarangan koleksi dari jenama Hermès. Jual satu beg, mungkin boleh beli sebuah rumah.

Tapi bukan Birkin yang dijual tepi jalan di Jalan Petaling atau mana-mana kedai ye… Itu fake namanya!

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.