HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Wow… Lukisan dapat dilihat dari angkasa selepas 2,400 jam melukis di padang pasir

-

‘Putera Kemanusiaan’ merupakan gambar Sheikh Sabah Al-Ahmad yang terpampang hasil karya seni pasir terbesar di dunia.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today

Tidak semua orang dianugerahi bakat semula jadi dalam seni terutama seni lukis.

Ambil contoh di negara kita Malaysia, hanya berapa kerat sahaja yang betul-betul berjaya dalam bidang seni lukis atau seni kreatif.

Untuk menghasilkan satu seni banyak faktor kena ambil kira tetapi antara satu faktor penting adalah kesabaran.

Tanpa kesabaran, seni ini tidak akan berjaya.

Kagum. Itu apa yang dapat digambarkan apabila melihat hasil karya seni pasir terbesar di dunia hingga boleh dilihat dari ruang angkasa.

Seni pasir berkenaan dihasilkan oleh pengkarya seni selama 2,400 jam, berkeluasan 15,876.22 meter persegi iaitu bersamaan dengan 12 kolam renang bersaiz Olimpik.

Free Malaysia Today

Difahamkan, imej seni pasir yang diberikan nama ‘Putera Kemanusiaan’ merupakan gambar Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah iaitu seorang Emir (Pemerintah) Kuwait.

Lukisan pasir ini secara keseluruhannya diukir daripada pasir batuan merah semula jadi.

Lakarannya begitu besar sehinggakan Satelit Emirati, Khalifa Sat, boleh merakam imej berkenaan dari ruang angkasa.

Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu dilaporkan menghasilkan imej tersebut bagi menunjukkan rasa cinta mereka terhadap Kuwait sempena hari kebangsaan negara itu.

Untuk menghasilkan lukisan ini bukanlah sesuatu yang mudah terutama ia dilakukan diatas padang pasir.

Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk siapkan seni padang pasir ini.

Rata-rata netizen berasa kagum dengan hasil seni yang dihasilkan itu yang dianggap sebagai hasil oleh manusia ‘bertangan ajaib’.

Malah terdapat juga netizen yang menyamakan hasil seni itu dengan beberapa lukisan gergasi misteri yang pernah dirakam di beberapa tempat di dunia yang dikatakan hasil kerja ‘alien’.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.