HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pengarah seni National Geographic Asia beri 7 tip melawat tempat ‘rare’

-

Sebelum melawat tempat yang dirasakan berbahaya, fikirkan keselamatan diri dan lakukan persediaan rapi.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Keindahan salah sebuah pulau terpencil di Indonesia dikenali sebagai Pulau Padar antara destinasi yang dilawati Noit di Nusa Tenggara. (Instagram @noitpippo)

Setiap orang pasti mempunyai impian sama ada melawat tempat yang cantik, bersejarah atau paling “rare”.

Pemandangan memukau di beberapa destinasi seluruh dunia pasti menjadi impian sesetengah orang untuk dilawati, namun mungkin di sudut hati timbul rasa ragu apabila memikirkan keselamatan.

Pengarah Seni National Geographic Asia, Mohd Syazwan Anuar atau lebih dikenali sebagai Noit Pippo, yang sudah 8 tahun bertugas menghasilkan dokumentari, berkongsi tip pengembaraannya di Instagram.

1. Kaji sebelum bertolak

Berdasarkan pengalamannya, kajian lokasi yang ingin dikunjungi adalah paling penting bagi mengurangkan risiko kejadian tidak diingini.

Antara perkara yang perlu diambil kira adalah tempat tinggal, pengangkutan, budaya, masyarakat setempat dan makanan.

2. Pasangan serasi

Kebiasaannya, makanan yang menepati selera sukar didapati di destinasi terpencil.

Jadi, rakan percutian yang serasi dan tidak terlalu cerewet juga penting bagi memastikan perjalanan sentiasa lancar.

3. Gembira

Beliau juga menekankan agar sentiasa gembira dan tidak mudah tertekan apabila berdepan masalah ketika bercuti.

Free Malaysia Today
Ikan paus yang diburu oleh orang Lamalera, Indonesia ketika menjalani penggambaran di sana menjadi hidangan kepda krew Noit. (Instagram @noitpippo)

4. Gajet mencukupi

Perkara yang harus anda lakukan sebaik tiba di destinasi adalah mendapatkan kad sim tempatan, terutama jika ke negara dunia ketiga.

Katanya, kadar jenayah di negara-negara tersebut adalah tinggi.

Telefon yang mempunyai sambungan internet dapat membantu anda membuat carian dan menghubungi pihak sepatutnya pada saat-saat genting.

5. Pakaian bersesuaian

Pakaian yang dibawa juga harus bergantung kepada lokasi yang ingin dilawati.

Noit menasihatkan agar membawa pakaian dan barangan yang perlu sahaja supaya memudahkan anda untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain.

6. Pelan sokongan

Pelan sokongan harus difikirkan dengan teliti untuk berdepan situasi pembatalan pada saat akhir oleh pihak penyedia perkhidmatan, terutama jika tempahan dibuat secara atas talian.

7. Jangan ambil risiko

Sekiranya tempat yang ingin dilawati itu sedang bergolak atau berisiko mengalami bencana, Noit menasihatkan agar tidak mengambil risiko sehingga membahayakan nyawa sendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.