HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kereta rempuh mati pejalan kaki junam ke sungai, seorang wanita dipercayai lemas

-

Wanita dalam kereta terjunam ke sungai itu dikatakan sempat keluar, namun dihanyutkan arus sungai.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Seorang pejalan kaki maut akibat dirempuh sebuah kereta sebelum ia menjunam ke dalam sungai. (Gambar JBPM)

PETALING JAYA:
Seorang pejalan kaki maut selepas dirempuh kereta sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam sungai di Jalan Nenasi Rompin dekat Pekan, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.47 pagi itu, lelaki terbabit maut di lokasi kejadian, manakala seorang penumpang wanita kereta itu dipercayai lemas selepas hanyut dalam cubaannya menyelamatkan diri.

“Pemandu kereta yang juga seorang lelaki selamat dengan cedera ringan, manakala penumpang wanita terjatuh ke dalam sungai bersama kenderaan dinaiki.

“Mangsa dikatakan sempat keluar dari kereta, tetapi dihanyutkan arus sungai,” menurut Bomba Pahang dalam kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat digerakkan di sekitar lokasi kejadian dibantu unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan serta tiga anggota dari Rompin bersama sebuah bot penyelamat.

“Mayat lelaki (pejalan kaki) dihantar ke Unit Forensik Hospital Pekan untuk tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.