HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pembangkang perlu tubuh parti tempatan, tawan hati Sarawak

-

Ini disebabkan jumlah populasi penduduk luar bandar di Sarawak lebih ramai berbanding kawasan bandar.

0
Shares
Total Views: 1

Dr-Mohd-Azizuddin-Mohd-Sani

PETALING JAYA :
Pembangkang disarankan menubuhkan parti politik peringkat tempatan di Sarawak supaya ia lebih dekat dengan rakyat negeri itu sekali gus menjadi alternatif yang berupaya mengukuhkan pakatan pembangkang di bumi Kenyalang.

Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pembangkang perlu mengambil kira faktor jumlah populasi penduduk di Sarawak luar bandar lebih tinggi berbanding kawasan bandar.

“Elemen politik dan parti nasional agak sukar diterima penduduk di Sarawak. Mereka sebenarnya mengundi BN, tetapi diwakili parti tempatan. Macam PBB, SUPP dan sebagainya.

“Parti tempatan mendapat perhatian berbanding parti di peringkat nasional. Parti nasional hanya relevan di peringkat bandar,” katanya ketika dihubungi FMT di sini hari ini.c10da912-1412-4426-9cb4-7f4580363e4a

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai DAP yang hanya berjaya memenangi tujuh daripada 31 kerusi yang ditandingi pada PRN Sarawak 2016 kelmarin sementara BN menang 72 kerusi dan PKR mengekalkan ketiga-tiga kerusinya.

Berbanding pada PRN Sarawak ke-10 pada 2011, DAP berjaya memenangi sebanyak 12 kerusi.

Azizuddin berkata, kesilapan mengatur strategi pada PRN Sarawak kali ini menyebabkan DAP kalah lima kerusi yang disandangnya pada PRN ke-10.

“Pada hari mengundi nampaknya strategi yang diambil salah apabila pengundi luar bandar masih menolak mereka dan berlakunya ‘swing’ undi Cina terhadap BN di kawasan,” katanya.

Katanya, faktor kempen BN yang memainkan isu pembangunan juga masih lagi relevan dan menarik perhatian pengundi sehingga BN memenangi PRN negeri kali ini.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.