HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Kerajaan tidak ada kuasa ambil tindakan terhadap pengerusi PAC

-

Eksekutif tidak ada bidang kuasa untuk menentukan kedudukan pengerusi PAC.

0
Shares
Total Views: 1

azalina-hasan-ariffin

PETALING JAYA:
Kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Hasan Arifin berhubung tindakannya memotong dua baris penting dalam laporan berkaitan 1MDB.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata PAC adalah sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan mengikut peraturan 77(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Justeru itu, bukan bidang kuasa eksekutif untuk menentukan kedudukan pengerusi PAC dalam perkara ini,” katanya dalam satu jawapan bertulis, hari ini.

Ahli Parlimen Pengerang itu berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang mempersoalkan adakah tindakan akan diambil terhadap Hasan.

Dua baris penting yang dipotong dalam laporan berkaitan 1MDB itu ialah mengenai kebimbangan Bank Negara Malaysia (BNM)) bahawa Good Start Limited dimiliki oleh individu dan tidak ada kaitan dengan kumpulan Petro Saudi.

Semalam, Hasan menyatakan keputusan untuk mengubah status Laporan Audit 1MDB yang kini diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi itu hanya akan ditentukan oleh Kabinet dan bukan jawatankuasa tersebut.

Katanya, ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskan sama ada mahu membatalkan status laporan tersebut sebagai dokumen rahsia rasmi yang tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) atau tidak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.