HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Budaya rehat ‘minum kopi, makan nasi lemak’ perlu berakhir

-

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata budaya berhenti rehat sejam selepas masuk kerja pagi dalam kalangan kakitangan awam perlu dihentikan.

0
Shares
Total Views: 1

khary-jamaluddin-2

KUALA LUMPUR:
Malaysia perlu segera beradaptasi dengan perubahan trend dalam budaya di tempat kerja, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Dalam ucaptamanya pada Sidang Kemuncak Sumber Manusia Tun Abdullah Ahmad Badawi kedua, Khairy berkata amat penting untuk menyediakan persekitaran bekerja yang sesuai untuk memaksimumkan potensi pekerja muda.

Katanya, dalam situasi ekonomi berasaskan pengetahuan hari ini, kualiti kerja lebih penting berbanding kuantiti kerja, dan bagi membantu keadaan ini, fleksibiliti diperlukan dalam bekerja dengan golongan muda di dalam negara ini.

Sebagai contoh, katanya, ialah pendekatan dalam mengendalikan isu kakitangan awam dan waktu rehat minum kopi pada waktu bekerja.

Sudah jadi kebiasaan, kakitangan awam akan masuk pejabat jam 8.30 pagi tetapi antara 9.30 hingga 10 pagi, ramai yang akan berhenti rehat untuk makan nasi lemak dan minum kopi, kata menteri itu.

Khairy berkata pada pendapatnya, tahap produktiviti kakitangan sebaik saja dia berada di pejabat lebih penting berbanding masuk kerja tepat pada masa.

“Saya suka lihat kakitangan di pejabat, tapi saya lebih suka lihat kerja mereka,” katanya, menambah beliau membuat beberapa perubahan di pejabat di kementeriannya.

“Jika anda tidak masuk pejabat tepat pada masanya tidak mengapa, asalkan semua kerja anda siap. Saya lebih suka begitu, berbanding anda masuk tepat pada masa tetapi saya tidak boleh cari anda jam 10 pagi kerana anda tidak buat kerja.

“Jadi, keseluruhan pendekatan terhadap tempat kerja pada masa depan perlu berubah, termasuk di pejabat kerajaan,” katanya.

Ini kerana, katanya, kualiti kerja menepati objektifnya lebih utama jika dibandingkan dengan output ketika menjalankan tugasan itu.

Khairy juga bercakap mengenai kepentingan memanfaatkan potensi semua segmen masyarakat termasuk wanita dan orang kurang upaya, untuk menambah kepada produktiviti negara.

Beliau berkata teknologi dan susunan waktu kerja yang fleksibel menyediakan cara baharu membawa wanita dan kurang upaya ke dalam pasaran kerja.

“Namun, ini memerlukan usaha yang serius daripada kedua-dua pihak kerajaan dan swasta,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.