HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

PRK: MIC mana yang lebih disokong rakyat?- Ramanan

-

“Tidak jadi masalah (kalau bertembung). Kita ahli MIC yang sah dengan rekod yang bersih.”

0
Shares
Total Views: 1

Datuk R Ramanan

KUALA LUMPUR:
Dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung tidak lama lagi bakal menjadi saksi pihak mana dalam MIC yang mendapat sokongan rakyat.

Bekas Bendahari Agung MIC, Datuk R Ramanan berkata demikian ketika ditanya tentang kemungkinan berlaku pertembungan antara ‘kumpulan bekas Presiden Datuk G Palanivel’ dan ‘kumpulan Presiden Datuk Seri S Subramaniam sepanjang tempoh kempen itu nanti.

Ramanan pada mulanya memaklumkan bahawa ‘kumpulan Palanivel’ yang menurutnya barisan kepimpinan MIC yang sah sudah menubuhkan kumpulan khusus untuk membantu kempen Barisan Nasional dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

“Kita akan fokus kepada kepada pengundi India dengan matlamat menambahkan majoriti kemenangan calon BN. Matlamat kedua adalah agar BN sendiri nampak siapa yang ada sokongan dan jentera yang lebih kuat.

“Tidak jadi masalah (kalau bertembung). Kita ahli MIC yang sah dengan rekod yang bersih. Kita yakin dapat mengembalikan undi masyarakat India kepada BN,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pihaknya akan menunggu kebenaran daripada kepimpinan BN dan mengikut arahan pemangku Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahif Hamidi selaku Pengarah Pilihanraya.

“Kita akan ikut cara yang sah. Kalau cara yang tidak sah, anda boleh tanya Subramaniam,” sindirnya lagi.

Pertembungan antara kumpulan Palanivel dan kumpulan Subramaniam telah berlarutan sejak perebutan jawatan Presiden antara Palanivel dan Subramaniam setahun yang lalu sehingga ia dibawa ke mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan.

Terdahulu, kekecohan berlaku dalam Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) MIC dua hari lalu apabila sekumpulan ahli, dipercayai penyokong Palanivel, hadir untuk menghentikan mesyuarat yang dihadiri Subramaniam itu.

Mengulas perkara itu, Palanivel yang juga Ahli Parlimen Cameron Highlands menggesa penyokongnya agar tidak melayan EGM yang menurutnya tidak sah.

“Saya faham mereka ke sana untuk nyatakan rasa tidak puas hati. Saya sudah beri taklimat kepada mereka agar tidak melayan EGM tidak sah yang dibuat para oportunis itu, terutama apabila mereka masih perlu menjawab di mahkamah.

“Saya juga sudah menasihati mereka agar tidak mempercayai dakwaan bahawa saya menyokong kepimpinan mana-mana pemimpin yang diundi secara tidak sah,” katanya lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.