
Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul berkata, penutupan semua sekolah itu melibatkan 6,627 pelajar dan 605 guru.
“Penutupan sekolah itu masing-masing membabitkan 17 sekolah di Kota Marudu, termasuk sebuah sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Langkon dan 5 sekolah rendah di Pitas.
“Seramai 5,965 murid dan 550 guru sekolah rendah serta 662 pelajar dan 55 guru sekolah menengah terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, Kolonel Muliadi Al-Hamdi Ladin berkata, 185 mangsa banjir mula dipindahkan ke 3 pusat pemindahan di Kota Marudu.
Muliadi berkata, mangsa dipindahkan ke Dewan Kampung Taritipan (93 orang), Balai Raya Talantang (52 orang) dan Dewan Kampung Morion (40 orang).
Beliau berkata, 9 lagi kampung dinaiki air, iaitu Kampung Talantang I, Kampung Masolong, Kampung Magaratong, Kampung Rakit, Kampung Morion, Kampung Piso, Kampung Salimandut, Kampung Tandek dan Kampung Asin-Asin.
Katanya, hujan lebat dan renyai sejak 11.30 malam tadi menyebabkan air naik.