HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

11 sekolah di Pahang tangguh sesi persekolahan kerana banjir

-

Pemangku pengarah pendidikan Pahang berkata kesemua sekolah terlibat yang terletak di daerah ini, Pekan dan Jerantut, terjejas disebabkan laluan utama dan sekolah terbabit dinaiki air.

0
Shares
Total Views: 2
pahang_banjir_new_600

KUANTAN:
Sesi persekolahan 2018 bagi 11 buah sekolah di Pahang yang bermula hari ini terpaksa ditangguhkan berikutan banjir.

Pemangku Pengarah Pendidikan Pahang Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata kesemua sekolah terlibat yang terletak di daerah ini, Pekan dan Jerantut, terjejas disebabkan laluan utama dan sekolah terbabit dinaiki air.

“Di Kuantan sahaja, sebanyak 9 sekolah tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan dan ia melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing, Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (SJKC) Sungai Lembing, Sekolah Kebangsaan (SK) Nadak.

SK Sungai Lembing, SK Sungai Emas, SJKC Panching, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) (SJKT) Kuala Reman, SK Panching dan SK Bukit Kuin yang melibatkan lebih 1,000 murid dan 140 guru, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, 2 lagi sekolah yang tidak dapat beroperasi ialah SK Aceh di Pekan, melibatkan 276 murid dan 28 guru serta SK Gintong di Jerantut melibatkan 28 murid dan 12 guru.

Tajuddin berkata, 11 sekolah berkenaan diberi cuti kecemasan atas faktor keselamatan manakala guru-guru sekolah terbabit diminta melaporkan diri di sekolah berhampiran.

Katanya, sesi persekolahan terbabit akan berjalan seperti biasa selepas banjir surut dan maklumat berkaitan akan dimaklumkan kepada ibu bapa dan penjaga dari semasa ke semasa.

Terdapat 195 sekolah menengah dengan lebih 110,000 pelajar dan 540 sekolah rendah dengan 150,000 pelajar di Pahang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.