Anwar temui Agong bincang kebuntuan lantik peguam negara

Anwar temui Agong bincang kebuntuan lantik peguam negara

Ketua umum PKR di Istana Negara malam ini sebelum Majlis Raja-raja Melayu bersidang esok untuk membincangkan perkara itu.

PETALING JAYA:
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Istana Negara ketika ini untuk bertemu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V untuk membincangkan kebuntuan tentang pelantikan peguam negara baru.

Perbincangan ini diadakan sebelum Majlis Raja-raja Melayu bersidang tentang isu itu esok, selepas kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk mencalonkan 1 nama sahaja, iaitu peguam terkenal Tommy Thomas, sebagai peguam negara menggantikan Tan Sri Apandi Ali.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengesahkan Anwar sekarang berada di Istana Negara dan sebelum itu, Anwar bertemu 7 raja Melayu mengenai pelantikan seorang peguam negara yang bukan beragama Islam.

Sebelum ini dilaporkan Tommy, seorang peguam dengan pengalaman 30 tahun dan juga pakar perlembagaan, merupakan calon tunggal Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Istana bagaimanapun dilaporkan tidak bersetuju dengan nama itu dan meminta sorang berketurunan Melayu dan beragama Islam dicalonkan dan Dr Mahathir berkata kerajaannya mahu menyelesaikan isu ini mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.