HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Singapura bandar keempat termahal untuk ekspatriat

-

Kedudukan Singapura meningkat satu anak tangga dalam kos sara hidup dari tahun lepas seimbang dengan gaji tinggi dan ekonomi yang stabil.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today

Singapura berada pada kedudukan ke-4 sebagai bandar paling mahal untuk golongan ekspatriat, meningkat satu anak tangga berbanding tahun lalu.

Kedudukan itu berdasarkan tinjauan mengenai kos sara hidup yang dijalankan sebuah firma perundingan sumber manusia, Mercer, lapor portal dalam talian The Business Times (BT).

Hong Kong berada di kedudukan teratas diikuti Tokyo dan Zurich.

Ketua amalan mobiliti global Mercer untuk Asia, Timur Tengah, Afrika dan Turki, Mario Ferraro berkata turun naik mata wang dan inflasi ke atas barangan dan perkhidmatan antara faktor menyumbang kepada kenaikan kos sara hidup di bandar-bandar Asia.

“Kedudukan Singapura meningkat satu anak tangga dalam kos sara hidup dari tahun lepas seimbang dengan gaji tinggi dan ekonomi yang stabil.”

Bandar Asia memonopoli 6 daripada 10 kedudukan teratas membabitkan kos sara hidup untuk ekspatriat.

Turut termasuk dalam senarai itu ialah Luanda (ke-6), N’Djamena (ke-8) dan Bern (ke-10).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.