![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2020%2F01%2FKesuma-Booty45.jpg&w=3840&q=75)
Kesuma Booty nama yang tidak asing lagi dalam industri tanah air negara meninggal pagi tadi dan perkhabaran itu dimaklumkan anaknya sendiri, Alfa Booty.
Alfa memuatnaik perkara itu dalam status Facebook peribadinya dengan menjelaskan jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate.
Allahyarham Kesuma merupakan anak kepada legenda filem Melayu di era Jalan Ampas, Allahyarham Kasma Booty.
Ketika hayatnya, Allahyarham adalah antara karyawan yang menjadi tulang belakang utama pada penubuhan Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) pada 1989.
Allahyarham juga antara pengasas Booty Boys Studio bersama-sama dengan adik-adiknya yang juga pemuzik seperti Surya Booty dan Purnama Booty.
Booty Boys Studio antara studio rakaman popular dalam industri muzik tanah air yang menjadi tempat rakaman album penyanyi popular tanah air antaranya Search, Wings, Zainal Abidin, Sheila Majid, Lefthanded, Bloodshed dan ramai lagi.
Selain Alfa, seorang lagi anaknya iaitu Rumie turut mewarisi bakatnya dan pernah menubuhkan kumpulan Alfa pada 1990.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram