
Tahun 2020 menyaksikan banyak bencana yang berlaku di seluruh dunia.
Paling teruk bencana yang menimpa Australia pada hujung tahun lepas dan awal bulan Januari ini.
Kini muncul pula kebimbangan baru buat rakyat di negara itu apabila pakar menemui spesis nyamuk sebesar duit syiling 20 sen yang juga dikenali sebagai Toxorhychites iaitu “nyamuk gajah”.
Nyamuk itu dikatakan menyerang kawasan Gold Coast di Queensland dekat Coombabah, Paradise Point dan Biggera Waters, lapor Daily Mail.

Peningkatan penemuan serangga ini sekitar kawasan Queensland menyebabkan kebimbangan akan wabak virus Ross River, yang dikatakan tiada penawar.
Lebih mengerikan, nyamuk gajah ini dilihat 5 kali lebih besar daripada nyamuk biasa tetapi mereka ini katanya lebih gemar makan larva nyamuk lain daripada darah manusia.

Demi mengelakkan pertambahan populasi nyamuk tersebut, pihak berkuasa Gold Coast membuat semburan pencegahan di kawasan-kawasan tumpuan.
Perubahan cuaca dan banjir baru-baru ini menyebabkan pakar-pakar bimbang akan meletusnya wabak virus Ross River.

Untuk rekod, kali terakhir wabak yang melibatkan serangga ini berlaku ialah pada tahun 2015, iaitu apabila hampir 700 jangkitan yang berlaku dan tidak dapat disembuhkan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram