HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Operasi cari mangsa kepala air di Terengganu diteruskan

-

Operasi hari ketiga itu membabitkan hampir 170 petugas.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari empat lagi mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Chukai. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA:
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) empat mangsa kepala air di Jeram Air Putih, Chukai, Terengganu diteruskan pagi ini.

Menurut Berita Harian, operasi hari ketiga itu membabitkan hampir 170 petugas terdiri daripada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Pasukan Gerakan Am serta penduduk kampung.

Semalam, polis mengesahkan enam mangsa tragedi itu ditemui, bukan sembilan mayat seperti dimaklumkan terdahulu.

Ketua Polis Terengganu, Mazli Mazlan dilaporkan berkata, kekeliruan timbul akibat masalah komunikasi kerana lokasi operasi jauh di dalam hutan.

Dua mangsa pertama ditemui Ahad lalu. Mereka ialah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

Empat lagi mayat ditemui semalam, mereka ialah suami Azizah, Karim Abdullah, 39, serta tiga lagi anak pasangan itu – Putri Aryana Umaira Karim, 4, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Nurerina Natasya Karim, 10.

Baki empat lagi mangsa ialah Putri Nor Fatin Karim, 14, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, serta tunang Balqis, Muhammad Fikri Saliman, 24.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.